Posts Tagged ‘reminder’

Mendidik anak mendengar kata

Beberapa bulan lepas, ada siapa tanya macam mana nak didik anak supaya dengar kata. Si penanya ni belum kahwin tapi minat nak tau. I can’t recall who asked it because my fb inbox always has technical problem that it couldn’t be opened. So kita tulis sini saja.

1. Amalkan ayat-ayat Al Quran

Kita semua tahu Al Quran ni suatu mukjizat yang Allah turunkan untuk seluruh alam. Segala isi kandungan Al Quran tu baik. Alangkan alam yang sebesar kita pun tak tahu alam ni besar mana mampu ditadbir dengan Al Quran inikan pula anak kecil kita yang baru nak mengenal dunia. Seluruh isi Al Quran tu panduan buat kita. Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah,” (H.R Imam Malik). Saya mengamalkan beberapa ayat Al Quran untuk Aqeef Afwan dan Aminah.

  • Surah Al Baqarah, ayat 128- Agar anak patuh kepada Allah
  • Surah Ali Imran, ayat 38 – Agar anak menjadi anak yang baik dan mendengar kata
  • Surah Al Furqan, ayat 74 – Agar anak menjadi seseorang yang menyenangkan hati
  • Surah Ibrahim, ayat 40 – Agar anak tetap mengerjakan solat
  • Surah An-Naml, ayat 30-31- Untuk anak yang agak lasak, baca ayat ni dalam keadaan berwudhu, hembuskan di antara 2 lumbar tulang belakang
  • Surah Al-A’laa, ayat 6-8 – Untuk menajamkan ingatan anak, baca ayat ini sesudah solat atau bila-bila nak mengajar anak sesuatu, sambil tangan kita diletakkan di ubun-ubun anak.

 

Ayat-ayat Al Quran ni bukan sekadar dibaca untuk anak, tapi sebagai ibu bapa untuk kita renungkan maksudnya, hayati dan beramal seperti yang disebut barulah anak-anak mengikut.

2. Kata-kata yang baik

Berkata-katalah perkara yang baik bila kita minta anak buat sesuatu. Saya selalu cakap pada Aqeef, “Aqeef soleh boy. He wants to go to jannah with mommy and daddy”.  Insya Allah hati anak akan lembut untuk dengar kata kita. Beberapa bulan lepas saya ada menulis status fb tentang perkara ini,

Sebenarnya anak kecil, mereka mempunyai ego dan rasa malu juga. Kalau kita cakap tengking-tengking, marah-marah, atau pukul dia depan orang, dia sibuk nak cover malu, nak balance ego dia sampai dia lupa nak ambil pengajaran kenapa dia dipukul, atau dimarah. Sebab tu kita nak suarakan kemarahan terhadap anak pun perlu ada adab, ada cara. Jangan hentam je.

3. Wujudkan sistem untuk anak

Sejak dalam perut lagi Aqeef dah ada sistem yang saya pandai-pandai reka sendiri. Tapi saya lihat semakin Aqeef membesar, semakin dia faham sistem ni. Saya selalu bacakan buku cerita untuk Aqeef. Bila kadang-kadang Aqeef buat perangai contohnya nak main barang-barang dekat dapur, saya akan cakap “Aqeef you want to listen to ‘Halimah As Saadiah gives milk to prophet? So you should not do this”. Aqeef akan faham dan cepat-cepat tinggalkan ‘kerja luar biasa’ yang dia tengah cuba nak buat dan pergi ambil buku Halimah As Saadiah dia.

4.Jauhi anak ketika sedang marah

Selalunya bila anak kita buat ‘kerja luar biasa’ kita mudah jadi naik angin. Di sinilah selalu terjadi tangan naik, dan di sinilah selalu terjadinya perkara ‘pukul tanpa sedar’, sedar-sedar anak dah tak bergerak. Kajian menunjukkan ibu bapa yang anaknya meninggal dunia atau koma, cedera kerana goncangan otak berlaku ketika ibu bapa dalam keadaan marah sebab anak tidak mahu mendengar kata. Apa yang perlu dilakukan adalah jauhi anak ketika kita sedang marah. Anak kecil kalau dia tak mahu dengar kata, itu maksudnya dia rasa apa yang dia buat tu tak apa. Baru-baru ni saya kena macam ni oleh Aqeef.


Bayangkanlah seberapa disasternya pekerjaan makan butter atas tilam + mandi butter. Memang mula-mula saya marah sangat. Bila sedar diri sedang marah, sayapun terus tinggalkan Aqeef, dan pergi duduk di tangga. Istighfar banyak-banyak. Kenangkan saya pun silap juga sebab letak butter atas meja makan, tempat yang Aqeef boleh capai. Saya tak boleh salahkan dia. Sebab bila butter tu ada atas meja mesti Aqeef fikir tak salah untuk dia main dengan butter tu sebab kalau tak boleh main mesti mommy dah simpan elok-elok. Bila perasaan saya dah reda, saya pergi ke ruang tamu dan tanya, “Aqeef why you do this?” Dia pun geleng-geleng dan cuba nak suap saya butter juga. Saya raikanlah juga makan butter yang dia suap tu sambil kata “Next time don’t do this again, ok”. Aqeef balas “OK mum” dan settle, bangun terus tarik tangan mommy ajak pergi shower -masalah selesai (masalah dengan tanggapan Aqeef bahawa it’s ok to play with butter, masalah kemas ‘tapak pesta butter’ belum selesai, saya kena buat kemudiannya)

4. Melalui substitution

Selalu bila anak nak buat sesuatu yang dia tak boleh buat kita akan halang, halang dan halang sampai anak pun jadi bosan dan memberontak. Kenapa jadi macam tu? Saya pun pernah jadi macam tu. Bila saya fikir dan kaji saya rasa jadi macam tu sebab saya tak tunjukkan dia jalan keluar untuk masalah dia. Saya halang-halang tapi halang pakai mulut je tak bagi solusi. Satu hari tu setelah puas berfikir, Aqeef jumpa extension wayar yang masih on. Jadi saya pun offkan extension tu, cabut segala plug yang bersambung dan bagi pada dia. Saya tengok apa dia nak buat, dia nak try masukkan kepala plug ke lubang extension tu macam yang dia selalu nampak mommy dan daddy buat. Dia try sekali, berjaya dan dia tinggalkan terus extension tu, tak minat nak main dah. Hipotesis saya, dia cuma mahu mencuba. Cara ni juga applied to buku-buku pelajaran saya yang Aqeef nak pinjam. Saya gantikan dengan buku-buku dia sendiri. Bila saya tutup buku saya, nak memasak pulak, dia pun tutuplah juga buku dia. Dia cuma nak tiru apa yang mommy sedang buat.

5. Banyakkan berdoa

Doa seorang ibu kepada anaknya adalah doa yang mustajab. Gunakan kelebihan ni, minta banyak-banyak pada Allah. Tak perlu doa khusus dalam bahasa arab, minta je Allah faham. “Ya Allah bukakanlah pintu kefahaman untuk anakku, Ya Allah fahamkanlah Aqeef Afwan dan Aminah Ulfah akan setiap perkara dan ilmu yang bermanfaat bagi mereka. Ya Allah jadikanlah anakku anak yang mendengar kata”. Sebut nama anak kita dalam doa. Emak saya anaknya 8, setiap kali solat, kelapan-lapan nama dia sebut.

6. Kurangkan makanan kedai, banyakkan memasak sendiri

Bila kita masak sendiri, kita tahu apa yang kita letak. Kita yakin untuk beri anak kita makan dari air tangan kita. Bila nak memasak, mulakan dengan bismillah, cakap pada diri sendiri, semoga anak-anakku sihat dengan makanan ni, boleh belajar, boleh main. Kurangkan makanan kedai, fast food. Pengalaman saya, ayah saya memang tak berapa suka makan di kedai. Sampai saya besar, selalu makan di rumah hasil masakan emak. Bila tanya emak, emak kata kalau bagi anak hasil masakan air tangan emak sendiri ni, anak tu susah nak terpengaruh dengan orang. Bila saya renung dalam diri saya, saya rasa ada betulnya juga. Saya sampai sekarang tak pernah sekali pun makan Big Apple Donut ke, Seoul Garden ke, Tutti Frutti ke dan beberapa lagi kedai yang orang-orang sebaya saya suka pergi zaman ni sebab saya tak minat. Walaupun kawan-kawan kata sedap ke, tengah ‘in’ trend ke, saya tetap tak terpengaruh. Saya tetap nak balik rumah makan masakan emak. Dan saya tak berpeluang kot nak pergi tempat-tempat ni dengan rakan sebaya sebab saya dah kahwin dan saya duduk luar negara.

7. Monolog dengan anak

Kadang-kadang bila saya pergi kelas ke,pasar ke dalam perjalanan tu saya nampak orang bawa anak, automatik saya akan teringat anak-anak saya. Saya akan cepat-cepat baca Al Fatihah perlahan-lahan, dan bisik sendiri “Baik-baik sayang. Belajar elok-elok. Jangan buat perangai, jangan nangis-nangis. Kejap lagi mommy datang”.

Ataupun bila anak saya tengah ‘terlayang’ nak tidur, saya akan gosok-gosok rambut dia dan cakap apa yang saya nak cakap, harapan saya pada dia, cerita betapa saya sayangkan dia, rindukan dia walaupun dia ada depan mata. Antara seorang ibu dan anak ni, taliannya kuat. Bayangkanlah dari satu gamete cell anak kita duduk dalam diri kita jadi baby, keluar ke dunia-bermula dari kita, apa tak kuatnya hubungannya tu. Sebab tu kita monolog pada diri sendiri tu pun jadi doa juga. Banyak-banyak monolog pada diri sendiri, banyak-banyak doa untuk anak, banyak-banyaj jugalah manfaat untuk anak kita.

8. Suapkan anak makanan dengan tangan sendiri

Macam juga point no 6, air tangan kita tu supaya anak dengar kata. Kalau banyak air tangan pembantu rumah, maka cakap pembantu rumahlah yang anak suka ikut. Kalau banyak air tangan pengasuh taska, maka cakap pembantu taskalah yang dia suka dengar.Kalau sebagai ibu kita tak ada pilihan sebab bekerja, pastikan bila kita balik kerja kita ada luangkan masa untuk suap anak makan, tengok apa yang anak gemar makan.Saya pun masih belajar, tapi balik kelas saya akan pastikan saya suapkan Aqeef makan dengan tangan saya sendiri. Saya perhatikan, saya kaji apa yang dia suka makan, apa yang dia tak suka makan. Tabiat makan dia. Macam Aqeef dia jenis mudah jemu dengan makanan yang berulang.Jadi saya akan masak makanan yang berbeza, selang seli supaya dia minat makan. Kalau sekali sekala makan di kedai, saya buang malu ala-ala remaja saya bisik dekat diri sendiri, saya tak boleh ikutkan perasaan keremajaan sangat sebab saya dah ada anak dua, saya akan suapkan anak saya makan guna tangan sendiri.Sudu garfu tolak tepi.

9. Mandikan anak sendiri, biasakan anak seolah-olah berwudhu

Setiap kali mandikan anak, gosokkan air di badannya, di ubun-ubun dan cakap pada dia, “nanti jadi anak soleh ye”. Saya mula mandikan anak sendiri masa Aqeef baru lahir, saya cuci anggota wudhu dia macam kita orang dewasa ambil wudhu. Kalau kita perhati, wudhu tu lengkap atas ke bawah. Bila kita mandikan baby style wudhu, at least kita tak terlepas pandang sesuatu anggota tu. Dah jadi macam sistem. Aqeef pun bila dia makin besar dia tahu ablution (wudhu) sebab saya selalu cakap “mommy take Aqeef for ablution and bath”. Wudhu tu menenangkan hati. Anak kecil pun kalau biasa diwudhukan, mudah dengar kata sebab hati dia tenang, badan dia bersih dan selesa.

10. Hargai anak

Saya selalu tengok hasil kerja Aqeef dan cakap, cantiknya pandai anak mommy. Walaupun kadang-kadang merepek je benda yang dia buat tu. Kalau dia bagi sesuatu pada saya, saya akan cakap terima kasih. Boleh nampak betapa gembiranya muka dia bila kita hargai apa yang dia buat sampai kadang-kadang dia paksa saya suruh tepuk tangan atas kepandaian dia. Jangan sekali kali rendah-rendahkan kebolehan dia atau ungkit kelemahan anak. Ini akan menyebabkan anak putus asa dan rasa rendah diri, menyebabkan anak suka bawa diri dan sukar dengar cakap atau arahan.

Anak itu bukan sahaja amanah, bahkan ibadah

Hari ini, Aqeef Afwan menjengah usia 1 tahun 5 bulan 2 hari. Bebeberapa mesej diterima di facebook, bertanyakan hal sama tentang pendidikan anak kecil. Sejak Aqeef Afwan dijemput secara tidak rasmi memperdengarkan ‘hafazan pelat’ juzuk ammanya tempoh hari, soalan yang sama datang bertubi-tubi. Bagaimana saya mendidik anak kecil saya sehingga mengenal huruf Al Quran seawal usia belum setahun dan kini dalam usianya hampir setahun setengah, dia boleh menghafaz juzuk amma. Saya juga bermula sebagai ibu yang jahil. Saya juga dahulu tidak menutup aurat dengan sempurna. Saya juga pernah menjadi ibu yang malas mendidik anak tapi rajin mengupload gambar anak dalam facebook. Waktu itu saya jadikan Aqeef Afwan umpama barang hiasan, bila orang memuji kecomelannya, saya jadi bangga sendiri.Saya selalu katakan anak itu amanah, tapi perlakuan saya hanya 20% menuju ke arah itu. Tapi tiba-tiba saya tersedar bahawa anak itu wasilah untuk menghantar saya ke syurga, bukan ‘alat’ untuk saya mengecapi kebanggaan dunia. Dan alhamdullillah bila kesedaran itu datang, ianya bukan sahaja mengubah cara saya mendidik Aqeef Afwan tetapi juga mengubah seluruh kehidupan saya. Saya semakin sedar bahawa anak itu bukan sahaja amanah, malah ibadah untuk memperoleh redha Allah. Mendidiknya, mengeluarkan kata-kata yang baik untuknya, mengusap kepalanya, mencium pipi dan perutnya, membacakan buku kegemarannya, memasakkan makanan yang berkhasiat untuknya bahkan memilih bahan makanan terbaik di pasar buatnya juga adalah suatu ibadah.Ketika keletihan menguasai diri kerap saya bisikkan pada diri sendiri bahawa Aqeef Afwan adalah satu tiket untuk membawa saya ke syurga.Keletihan hari ini adalah sementara. Insya Allah hasilnya kelak berbaloi. Saya perlu mendidiknya sehabis baik, sehabis daya kerana dia adalah hadiah paling bermakna buat saya.

Kadang hati kecewa bila ada mulut manusia yang mempersoalkan pendidikan yang saya terapkan kepada anak saya. Namun saya pujuk hati sendiri, orang tidak merasa tidak akan faham sebabnya. Orang hanya bercakap, namun mereka tidak tahu dan barangkali tidak pernah merasai pengalaman membesarkan anak sulung di luar negara, di sebuah negara non muslim. Jika tidak kuat hati ibu, bukan sahaja anak hanyut, bahkan ibu juga hanyut. Pernah juga salah seorang makcik saya berkata, “dah emak dia tiba-tiba nak berpurdah, anak dia pun nak diajarkannya style Al Arqam”, kalau diturutkan rasa hati sudah pasti penampar menyinggah di wajahnya tapi saya cuba bersabar. Saya mahu anak saya menjadi generasi Al Quran, tidak mengapa dia tidak menguasai ilmu sains, saya dan suami sudah berada dalam bidang ini, seandainya anak kami mahu berada dalam bidang sains, kami izinkan seandainya dia mahu mendalami ilmu agama dan Al Quran juga sudah pasti kami izinkan. Bukan kerana saya kini sudah berpurdah maka saya mahu anak saya menjadi orang-orang berserban, pak lebai, ustaz tapi kerana anak ini lahir dengan fitrah Islam yang suci, maka ilmu Al Quranlah yang sebaiknya menjadi asas di peringkat awal kehidupannya. Bukan bermaksud saya abaikan terus pendidikan duniawi buat Aqeef Afwan. Aqeef Afwan masih ke sekolah inggeris, bergaul dengan anak-anak non muslim, belajar bahasa Inggeris dan Perancis dan baru-baru ini bersekolah sementara di sekolah Germany. Tapi kerana saya mahu anak ini mempunyai asas ilmu Al Quran yang setara atau lebih baik daripada pemahamannya tentang ilmu dunia. Aqeef Afwan masih seperti Aqeef Afwan yang biasa, tidak berserban tidak berjubah. Dan saya dan suami masih lagi sepasang suami isteri orang biasa-biasa, tapi besar harapan kami untuk melihat anak kami seimbang dunia dan akhiratnya walaupun dibesarkan di negara non muslim.

Banyak yang ingin dikongsikan tentang tips mendidik anak mengenali Al Quran dan ianya bukan mustahil untuk anak sekecil setahun setengah mengenali Al Quran bahkan menghafaznya tapi saya sering sahaja kesuntukan masa. Insya Allah nanti saya kongsikan tips dan video Aqeef Afwan membaca juzuk amma.

Dari hati seorang ibu

Anakku semakin hari semakin membesar, kehadirannya ke dalam hidupku menyejukkan hati, namun kadangkala kerenahnya menuntut tenaga dan kesabaran yang bukan sedikit. Kadang dia bertempik mahu itu mahu ini, kadang dia punggah semula pakaian yang baru aku lipat, hanya beberapa saat setelah aku selesaikan segala tugas melipat. Jangan ditanya tentang memunggah barang-barang dari dapur, dialah hero. Dengan kelajuannya dalam bab ‘menyusun’ dan mencuba satu persatu kasut di rak kasut, mengambil dan membuka semua buku di rak buku, bukan sahaja buku-bukunya bahkan juga buku pelajaranku serta keletah lainnya yang tak mampu aku catatkan satu persatu. Semuanya bergantung untuk diuruskan oleh seorang manusia yang menyandang gelar ibu. Dan orang itu adalah aku. Mommynya.Selain dibantu oleh suamiku. (Tolak bibik, sebab aku belum bersedia anakku rapat dengan orang luar, maka bibik insya Allah hanya sebagai tukang kemas rumah, hantar ke sekolah tu cerita lain pulak, sebab tak mahu anak duduk dengan bibiklah dia dihantar ke sekolah)

Ramai orang bertanya tidak letihkah aku menjadi ibu dan isteri pada usia ini? Menguruskan rumah tangga saat rakan-rakan seusia yang bujang berhibur bergembira keluar bersama, menjaga dan mendidik anak saat aku sendiri masih dikekang segala tugasan sebagai pelajar. Sementelah dengan keadaan kami sekeluarga yang bermusafir jauh dari keluarga, maka tanggungjawabku juga menjadi berganda. Jawab aku tidak. Aku tidak letih. Tiada apa yang membosankan apatah lagi untuk dikesali dengan menjadi isteri dan ibu pada usia ini. Waktu aku menimbal keputusan untuk bernikah beberapa tahun lalu sewaktu aku hanya berusia 18 tahun, tiada siapa yang memaksa aku untuk berkata ya dengan taklifan sebagai isteri. Sewaktu aku menyatakan kesediaan untuk menimang cahaya mata dahulu juga tiada siapa pernah memaksa aku untuk bersetuju. Bahkan suami, ayah dan ibuku juga banyak kali memberi peringatan tentang usiaku dan tanggungjawab berganda yang bakal aku galasi sebagai pelajar isteri dan ibu namun semuanya aku hadam sebagai sebahagian daripada perjalanan hidupku.

Setiap kali aku ingin merungut tentang keletihanku, saat Aqeef Afwan membuat perangai yang ‘sedikit luar biasa’ seringkali aku ingatkan kembali pada diri sendiri bahawa tiada sesiapa pernah memaksa aku untuk mengandung dan melahirkan ‘permata syurga’ bernama Aqeef Afwan ini dahulu. Semuanya pilihanku sendiri. Aqeef Afwan adalah amanah Allah buatku. Dan lazimlah di dalam usia ini, satu tahun 3 bulan lebih sedikit ini, dia semakin lasak, semakin banyak perkara ingin dicuba dan semakin besar suaranya. Lebih-lebih lagi dia seorang anak lelaki.

Maka akulah manusia yang harus menyediakan hati, jiwa dan jasadku dengan ketabahan dan kekuatan yang semaksima mungkin. Kerana aku seorang ibu. Seorang mommy kepada seorang permata syurga. Pemikul amanah yang dititip Allah. Jika culas aku, maka buruklah natijahnya kelak dan hampirlah aku ke neraka, nauzubillah min zalik. Jika elok didikanku, elok dewasa anak-anakku dengan akhlak dan iman yang seganding Islam, maka dekatlah aku ke syurga, insya Allah. Semoga kehadiran Aqeef Afwan dan zuriatku yang lain kelak semakin mendekatkan aku kepada syurgaNya.amiin.

Back, as a munaqaba insya Allah.

Alhamdulillah, all praise to Allah. Today, after January is reaching it’s almost end, I am back as a full time munaqaba. A piece of cloth I left behind months ago because that time I thought I wore it without a vast range of knowledge and understanding about it. It’s niqab. Honestly when I chose to wear niqab on 2008, it was mostly because I tried to imitate people and also because I think wearing niqab is cool. But since this early 2012, after taking almost a year of thinking I finally decided to wear it again. This time after a hard study of it’s hukum and implementation, from religious class, from Islamic scholar and also a bit from internet me then become confident to put that small piece of cloth back onto my face.

Why?
I don’t think my face is an aurat. I am syafii mazhab follower where face and palm are not parts of aurat. But I choose to wear niqab with two other reasons. One to respect and to implement the sunnah attire. And two, to teach myself to lower my gaze, to teach myself to respect that piece of cloth I wear by controlling my akhlak and repairing my deeds.

Niqab is NEVER an oppression for me. My husband never suggest me to wear niqab. I choose to wear it myself but once I have decided, my husband is the best supporter ever standing behind to support and protect me. The very first time when I put niqab on my face, I remember it was a day after my birthday, he said “wear proper tudung underneath. In case you don’t feel comfortable, you can open it and the tudung still covering your aurat”.

I had a terrible feeling to travel in tube (the underground train) with niqab on. You know, I live in London one thing I worried most is the extremist old english people that doesn’t like immigrant especially from arab countries and pakistan, but my husband tried to convince me that nothing bad would happen. He said, you have passport with an expensive student visa with you, if they question anything, just show your passport. I am sure Malaysia passport doesn’t bring a big problem for them. And you have me, I will protect you. What he said helped a lot to sooth my feeling and made me comfortable to make a rebeginning of wearing niqab after few months (I left niqab behind after I gave birth to Aqeef, so I guess it’s almost a year now).

So, I presume that this blog is read by only few people who know me personally,especially my family and my friends. There’s nothing for me to hide. I will let my old pictures as they are. Because my intention on writing this blog is as a medium for me to share Aqeef’s news at London with family and close friend at Malaysia. I guess all my readers know how I look like, so no need for me to delete my pictures. And actually I don’t have so many readers. This is really a personal blog. And I think this is my first, and last, one and only blog post about niqab. Life is going on as usual. I will continue writing as Aqeef’s mommy and Dr Shukur’s wife, my mum and dad’s daughter and my sibling’s sister. And also a daughter and sister in law, and a friend to some people. Nothing change. I guess if anyone see me on the street I still can be recognised (especially with Aqeef around and my husband) so please say something to me if we happened to meet anywhere.

Do you still remember about them?

For them we stand!

Cute sleeper on board that taught mommy parenthood and husnuzon

How tranquil that sleeper’s face could be? That conciliates enough I suppose!

These were when we were at Sherpherd Bush near White City. We went to Westfield there and found a teddy bear workshop but Aqeef slept well, very well! I think Aqeef has this very utterly interest in his fingers. He licks, bites and wets his fingers all over. Sometimes he forces me and his daddy to taste them too or else he will shout gently to us. However his shout is never as loud as other baby (at least babies I’ve met), he is a polite boy anyway. A distinction should be given to him on his politeness hahaha. And he is a good sharer too. That’s why he always wants to share his yummy fingers with mommy and daddy!

Speaking about Aqeef’s politeness, last few days I was so depressed to see his long fingernails. Guess what? He gave me a scratch on my cheek when we were playing mommy kisses Aqeef and Aqeef kisses mommy back, that he actually doesn’t kiss, he licks my cheek and leaves some saliva there. On that morning when we were playing this lazy game, he got excited and excidentally scratched my cheek to bleed with one of his fingernail. So after gave him shower, I decided to cut his fingernails. Nothing happened as I thought but when he was sleeping and I couldn’t help myself from kissing him, I noticed one of his finger was covered by dried blood. I was very surprised that I kept apologised to my sleeping baby while rubbing his finger with oil until somewhen he woke up and as usual whenever he wakes up he laughs and laughs like tak tentu hala. That at least relieved me. He didn’t take any offence on what I did to him. When abang turned home from office, I told him what happened and abang said that Aqeef is really a polite boy. He won’t scold mommy for what mommy didn’t purpose to.

Once I heard abang saying to Aqeef (when they were playing cocoon baby) “Aqeef good boy kan…Aqeef baby yang sangka baik“. Then I asked “why sangka baik?” Abang reasoned “because he took no offence when you hurt his finger. He still smile at you after you scolded him”. Thus make me think, how sincere heart a baby has that he can still apply husnuzon to someone who injured him. I was desperately depressed after he scratched my cheek, but he smiled at me after I wounded his finger. I really should learn something from this baby. As he is sent to us by Allah so that we can learn parenthood.

Dalam dunia ni memang ada orang yang tak reti pakai akal

Satu masa dulu, aku pernah susah. Aku pernah rasa susah, adik beradik lapan orang semua sekolah serentak, ayah dengan mama kerja kecik. Dulu kalau mintak KFC ayah akan cakap “tunggu ye. Nanti mama dapat bonus kita pergi makan KFC”. Tapi baru-baru ni aku tertengok satu video yang memang panas hati. Sedih aku tengok anak melayu perangai macam ni.

Aku tak taulah budak-budak pekerja KFC ni ada otak ke tak ada. Ke otak dia tertinggal kat rumah sebelum dia datang kerja. Cuba bayangkan ada sepasang suami isteri, suami kerja tukang kebun, isteri tak kerja. Anak ada 5 orang. Lepas tu masa periksa pertengahan tahun, anak yang sulung dapat nombor 1. Anak tu mintak kat abah dia, “abah, abah, along dapat nombor 1. Abah kata kalau along dapat nombor 1 abah nak bawak pergi makan KFC”. Abah pun jawab “nanti hujung bulan abah dapat gaji kita pergi yer”. Lepas tu hujung bulan tu abahnya pun bawak anak 5 orang ni, isteri lagi pergi KFC. Anak-anak ni time tunggu abah pergi kaunter tu dah tertelan air liur dah, punya berselera dan tak sabarnya nak makan KFC, maklumlah jarang2 dapat makan KFC. Abah pun beli ayam goreng 1 bucket. Takde tambah2 nugget ke cheesy wedges ke ape, sebab abah dah bajet cukup2. Anak2 pun makan dengan berselera. Anak-anak kecik lagi ni, yang sulung darjah 4, yang bongsu 2 tahun. Sekali rupanya salah satu ayam yang anak2 ni makan adalah ayam bercop tapak kasut pekerja KFC durjana ni. Kesian tak, kesian tak? Siapa yang tak kesian tu memang dia tak pernah rasa susahlah tu. Jenis lahir2 tengok dunia je dah pergi minum susu kat hilton, papa bawak pergi holiday disneyland. Siapa yang pernah rasa susah mesti faham maksud aku.

Apalah nak jadi dengan seseparuh orang dalam dunia ni. Takde perasaan ke atau tak reti fikir perasaan orang lain atau tak pernah terlintas yang kadang-kadang orang lain susah dan perlu berusaha untuk dapat sesuatu tu contohnya makan KFC. Mungkin ada seseparuh orang makan KFC setiap hari, mungkin ada sesetengah orang sebulan sekali, atau mungkin ada yg beberapa bulan sekali atau setahun sekali atau time mak bapak ada duit lebih je dapat pergi makan KFC. Cuba belajar selami kesusahan orang lain. Dan cuba elakkan diri daripada bagi susah pada orang lain.

Al Fatihah untuk mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Langat

Untuk 15 anak yatim dan seorang penjaga mereka yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Hulu Langat Selangor. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka bersama para solehin.

Inna lillahi wa inailaihi rajiun Dari Allah kita datang kepada-Nya kita pasti pulang.

It has been 63 years since the Yawm an-Nakbah

Do you realise that today marks the 63 years of the Nakba Day which happened since 1948.

Nakba Day (Arabic: يوم النكبة Yawm an-Nakbah, meaning “day of the catastrophe”) is an annual day of commemoration for the Palestinian people of the displacement that accompanied the creation of Israel in 1948.-Wikipedia

We’re lucky enough that we’re Malaysian hence we don’t have to take the stones, throwing them to the Israeli bulldozer that going to knock down our house. The Malaysian youngsters nowadays is too fortunate to have a life with all those prepared luxurious by the older. At least, you can go to school, and no any from your family members died in a bomb or missile blast while reciting their prayer. But the Palestinians did! Indeed every day is a Nakba Day for each Palestinian that has been oppressed by the Israeli for years.

Palestinians become refugee at their own motherland. Their right were denied to claim over their ancestors land, as well as they lost their houses and their property that have been cruelly taken from them. The Israeli used to be bummers before they took Palestinian’s land and claim as theirs. That’s the undeniable fact!

The flooding of Palestinians refugees at several countries around sometimes worrying the higher leadership. It’s no doubt that there’s a big number of Palestinians at Egypt, Syria and Lebanon but for some unreasonable fact these countries closed their border when the Palestinian need somewhere to shelter themselves like what happened on early 2009. Where’s the unity of the Arabic league? Spending much money buying Euro football club?

Till now, after 63 years of An-Nakbah day, there’s no resolution neither decision has been made to end the terrorism made over the Palestinians that destitute at their own home over years. We watch day by day, numbers of Palestinians died to defend their right at their own motherland but we’ve no vitality to resist. All we can do is to pray, pray and pray may Allah bless the Palestinian with freedom they deserved for.

Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free
No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt

That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free
I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?
And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive
I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand

Every stone and every tree
Cause no matter what they do
They can never hurt you
Cause your soul will always be free
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

Mengapa ibu menangis?

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. “Ibu, mengapa ibu menangis ?” Ibunya menjawab, “Sebab aku wanita.” Saya tidak mengerti,” kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kamu memang tidak akan mengerti……”
Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis ?” Sang ayah menjawab, “Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan.” Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya.

Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis.

Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.

Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya. Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri……

Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.

Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih, sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah.

Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan.

Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita ?

Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.

Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya… Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan.

Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata! Inilah airmata kehidupan.

Renungkan bagaimana kita membalas jasa ibu kita

Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah.

Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit , ” SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH”

Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan lain-lain. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita.

Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita.

Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah.

Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada “TASTE”.

Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira. Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.

Apabila kita berumur 19 tahun, Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang sampai ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm takut malu dilihat kawan-kawan.

Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin kita ada boyfriend atau girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata, “Ibu ni kepohlah!!”

Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, ” saya tak mahu jadi macam ibu!!”

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri. Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan.

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga. Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometre jauh dari Ibu.

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, ” Zaman sekarang lain Ibu..!!!!”

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan berkata,” saya sibuk!!!!”

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.

Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.

Ingat, selagi Ibu masih hidup,kasihi dan sayangilah Ibu dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.

Cuba kita renung dan fikir-fikirkan……