Posts Tagged ‘religious’

Back, as a munaqaba insya Allah.

Alhamdulillah, all praise to Allah. Today, after January is reaching it’s almost end, I am back as a full time munaqaba. A piece of cloth I left behind months ago because that time I thought I wore it without a vast range of knowledge and understanding about it. It’s niqab. Honestly when I chose to wear niqab on 2008, it was mostly because I tried to imitate people and also because I think wearing niqab is cool. But since this early 2012, after taking almost a year of thinking I finally decided to wear it again. This time after a hard study of it’s hukum and implementation, from religious class, from Islamic scholar and also a bit from internet me then become confident to put that small piece of cloth back onto my face.

Why?
I don’t think my face is an aurat. I am syafii mazhab follower where face and palm are not parts of aurat. But I choose to wear niqab with two other reasons. One to respect and to implement the sunnah attire. And two, to teach myself to lower my gaze, to teach myself to respect that piece of cloth I wear by controlling my akhlak and repairing my deeds.

Niqab is NEVER an oppression for me. My husband never suggest me to wear niqab. I choose to wear it myself but once I have decided, my husband is the best supporter ever standing behind to support and protect me. The very first time when I put niqab on my face, I remember it was a day after my birthday, he said “wear proper tudung underneath. In case you don’t feel comfortable, you can open it and the tudung still covering your aurat”.

I had a terrible feeling to travel in tube (the underground train) with niqab on. You know, I live in London one thing I worried most is the extremist old english people that doesn’t like immigrant especially from arab countries and pakistan, but my husband tried to convince me that nothing bad would happen. He said, you have passport with an expensive student visa with you, if they question anything, just show your passport. I am sure Malaysia passport doesn’t bring a big problem for them. And you have me, I will protect you. What he said helped a lot to sooth my feeling and made me comfortable to make a rebeginning of wearing niqab after few months (I left niqab behind after I gave birth to Aqeef, so I guess it’s almost a year now).

So, I presume that this blog is read by only few people who know me personally,especially my family and my friends. There’s nothing for me to hide. I will let my old pictures as they are. Because my intention on writing this blog is as a medium for me to share Aqeef’s news at London with family and close friend at Malaysia. I guess all my readers know how I look like, so no need for me to delete my pictures. And actually I don’t have so many readers. This is really a personal blog. And I think this is my first, and last, one and only blog post about niqab. Life is going on as usual. I will continue writing as Aqeef’s mommy and Dr Shukur’s wife, my mum and dad’s daughter and my sibling’s sister. And also a daughter and sister in law, and a friend to some people. Nothing change. I guess if anyone see me on the street I still can be recognised (especially with Aqeef around and my husband) so please say something to me if we happened to meet anywhere.

Al Fatihah untuk mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Langat

Untuk 15 anak yatim dan seorang penjaga mereka yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Hulu Langat Selangor. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka bersama para solehin.

Inna lillahi wa inailaihi rajiun Dari Allah kita datang kepada-Nya kita pasti pulang.

It has been 63 years since the Yawm an-Nakbah

Do you realise that today marks the 63 years of the Nakba Day which happened since 1948.

Nakba Day (Arabic: يوم النكبة Yawm an-Nakbah, meaning “day of the catastrophe”) is an annual day of commemoration for the Palestinian people of the displacement that accompanied the creation of Israel in 1948.-Wikipedia

We’re lucky enough that we’re Malaysian hence we don’t have to take the stones, throwing them to the Israeli bulldozer that going to knock down our house. The Malaysian youngsters nowadays is too fortunate to have a life with all those prepared luxurious by the older. At least, you can go to school, and no any from your family members died in a bomb or missile blast while reciting their prayer. But the Palestinians did! Indeed every day is a Nakba Day for each Palestinian that has been oppressed by the Israeli for years.

Palestinians become refugee at their own motherland. Their right were denied to claim over their ancestors land, as well as they lost their houses and their property that have been cruelly taken from them. The Israeli used to be bummers before they took Palestinian’s land and claim as theirs. That’s the undeniable fact!

The flooding of Palestinians refugees at several countries around sometimes worrying the higher leadership. It’s no doubt that there’s a big number of Palestinians at Egypt, Syria and Lebanon but for some unreasonable fact these countries closed their border when the Palestinian need somewhere to shelter themselves like what happened on early 2009. Where’s the unity of the Arabic league? Spending much money buying Euro football club?

Till now, after 63 years of An-Nakbah day, there’s no resolution neither decision has been made to end the terrorism made over the Palestinians that destitute at their own home over years. We watch day by day, numbers of Palestinians died to defend their right at their own motherland but we’ve no vitality to resist. All we can do is to pray, pray and pray may Allah bless the Palestinian with freedom they deserved for.

Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free
No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt

That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free
I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?
And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive
I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand

Every stone and every tree
Cause no matter what they do
They can never hurt you
Cause your soul will always be free
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

Aduhai emak…

Satu masa dahulu, semasa berumur 16 tahun, saya terpandang dan terdengar satu peristiwa yang sampai masa ini selalu menghibakan hati dan jiwa saya serta selalu menjadi alerting reminder kepada saya apabila saya bermalas-malasan mahu belajar.

Ini kisahnya:

Pada satu hari, di penghujung Ramadhan beberapa tahun lalu,sekitar 2 hari terakhir puasa, mama menyuruh saya pegi ke kedai runcit berdekatan membeli bawang dan rempah sup. Mula-mula saya merungut, alasan saya malas mahu pakai tudung dan menyalin baju lengan panjang. Sebenarnya saya tidak mahu meninggalkan video game yang sedang dimainkan dengan adik-adik saya. Risau nanti mereka akan jalan dahulu dan saya pula akan kalah. “Alah, suruhlah Kakngah ke Kaklong ke. Kalau nak pergi kedai je mesti suruh Kak Farah”.Saya merungut. Mama diam sahaja. Saya tahu mama marah. Lalu sayapun mengikut mama sehingga ke dapur. Rela dalam terpaksa. Tapi setelah melihat ketiga-tiga kakak saya berkumpul di dapur, membantu mama menyiapkan juadah untuk berbuka puasa,saya terus jadi rela untuk pergi ke kedai. (Sebenarnya tidak mahu disuruh menolong di dapur juga kalau tidak ke kedai, lagi saya malas tu)

Jarak kedai dengan rumah saya hanya selang sebuah rumah. Sangat dekat, jadi saya dan adik beradik antara yang paling kerap ke kedai berbanding penduduk taman yang lain. Ketika sampai di kedai, saya melihat ada sebuah keluarga sedang membeli persiapan untuk memasak juadah berhari raya mungkin. Ada serai, ada daun kunyit, lada api, rempah kari, macam-macam lagi. Ketupat segera pun ada. Keluarga itu terdiri daripada seorang lelaki dewasa, perempuan dewasa dan seorang wanita tua. Saya kenal lelaki itu, iaitu pakcik yang selalu bertenggek di lori sampah yang memungut sampah di kawasan perumahan kami. Saya selalu nampak pakcik tersebut mengangkat tong sampah di belakang rumah saya, mencurahkan isinya ke dalam lori sampah dan meletakkannya kembali ke tempat asal. Saya senyum sahaja kepada pakcik itu. Mungkin beliau tidak kenal saya pun.

Saya lihat perempuan tua (mungkin ibu kepada pakcik tersebut kerana wajahnya yang mirip antara satu sama lain) membelek-belek kuih-kuih raya yang dijual. Kuih-kuih yang bermacam-macam jenis. Ada kuih tart, batang buruk, biskut makmur dan suji. Perempuan tua mengangkat bekas berisi kuih tart, menunjukkan kepada anaknya.

“ Sedap nampaknya kuih ni. Mat, boleh emak beli yang ini?”
Saya nampak wajah pakcik tersebut bertukar rona. Serba salah gamaknya. Dia lantas meraba poket seluar, mengeluarkan dompet. Menjenguk isinya seketika. Emaknya masih menunggu persetujuan si anak. Tangannya masih erat memegang bekas kuih tart.

“Tak bolehlah emak. Duit ni cukup-cukup nak buat beli barang tu aje”. Si anak berkata sambil menunjuk ke arah barang-barang yang terletak di atas kaunter. Perempuan tua mengangguk-angguk sambil meletak kembali bekas kuih tart ke dalam rak. Ada riak sedih di wajahnya.

Saya? Pastilah sangat pilu dan sedih. Sebentar tadi baru sahaja saya menyanggah cakap seorang ibu dan memberi pelbagai alasan untuk mengelak suruhannya, dan kini kisah seorang ibu yang lain menyentak hati saya.

Semenjak hari itu, saya berazam untuk belajar dengan lebih tekun. Kerana saya tidak mahu memberi alasan duit tidak cukup apabila mama mahu saya membelikan sesuatu. Saya pasti, mama saya tidak perlu meminta daripada saya jika dia mahu membeli kuih tart. Pasti mama punya wang yang cukup untuk membelinya, jika tidak duit mama sendiri, pastilah duit yang diberi ayah atau kakak-kakak yang lain, tetapi sebolehnya saya mahu punya taraf hidup yang baik, yang tidak membuatkan mama sedih dengan kesusahan hidup saya.
Sebagai seorang perempuan, biarpun belum menjadi seorang isteri dan ibu, saya sendiri melihatnya. Setiap ibu, bila mana dia mahukan anak-anaknya belajar dengan bersungguh-sungguh, supaya dapat kerja yang baik kelak, bukan kerana dia mahukan kesenangan wang ringgit daripada anaknya, tetapi kerana dia mahu anaknya tidak susah dan menderita. Apabila si anak tidak belajar dengan bersungguh-sungguh, tidak kerja bagus, maka si anak akan menderita. Menderita kerana tidak ada wang untuk membelikan bayinya susu, tiada duit mahu membeli beras, tiada wang untuk membawa bayi yang demam ke klinik, tiada duit untuk mengisi minyak motosikal. Bila si anak menderita, ibunya yang sudah tua akan turut menderita. Kerana ibu yang mengandung dan melahirkan. Darah yang mengalir dalam segenap urat nadi si anak adalah darah yang mengalir dalam diri si ibu. Bahagia anak, bahagialah ibu. Derita si anak, maka deritalah si ibu.

Memang wang bukan penjamin kebahagiaan, tetapi tanpa wang, kebanyakan masa dalam hidup akan jadi serba tidak kena.

Sudah lama peristiwa itu berlalu.Sudah bersilih ganti penghujung ramadhan dan hari raya Adili Fitri yang saya lalui. Daripada seorang pelajar asasi kini bakal menjadi ibu. Tetapi kisah seorang emak dan kuih tart masih saya ingat. Saya doakan semoga si emak dan anaknya berbahagia. Anaknya (pakcik) tersebut juga sudah tidak bekerja mengutip sampah di taman perumahan yang keluarga saya duduki lagi. Mungkin sudah mendapat pekerjaan yang lebih baik.

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
(Luqman, 14)

Apabila menjadi wanita…

Menjadi wanita :

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memelihara auratnya.

Kum mar’atan salihan…Insya Allah.