Posts Tagged ‘married life’

Bukan Dia mahu menyeksa

Hampir saban hari rasanya saya dihujani pertanyaan “indahkah berkahwin di usia muda”. Golongan yang rajin mendekati saya rata-rata orang muda. Anak-anak universiti, remaja di peringkat persekolahan. Perkara yang paling kerap ditanya, seronokkah menjadi seorang isteri di usia ini.

Sedikit tentang tugas saya sebagai seorang isteri, saya bangun seawal waktu untuk menyiapkan sarapan dan bekal makan tengah hari anak-anak dan suami sebelum ke universiti,sebelum saya boleh ke universiti untuk berkuliah, saya perlu menghantar anak ke sekolah, tatkala rakan sebaya bangun pagi terus siap-siap diri sendiri, terus menghadiri kuliah sendiri-sendiri, kemudian makan tengah hari sendiri, saya di dalam kelas sambil mata melirik jam menanti waktu untuk pulang, menjemput anak-anak. Kadangkala menghadapi satu dua helai muka surat buku teks yang sudah lenyap, barangkali sudah selamat mendarat di dasar sistem pencernaan salah seorang anak , atau tersipu-sipu sorok-sorok mengeluarkan buku nota yang penuh tanda cinta dari susu dan fruit makanan mereka, kadangkala muka surat ada, tapi renyuknya hampir tidak boleh dibaca. Waktu rakan-rakan merancang balik kuliah mahu ke sini sana bersama,sekali sekala (jika tidak kerappun) saya masih ada rasa dalam jiwa untuk keluar bersama rakan sebaya berlibur bersama tapi saya tahu setiap langkah saya pasti ada langkah-langkah kecil yang bertepek-tepek mahu ikut sama, maka hasrat-hasrat hijau dan remaja itu saya pendamkan dan biarkan ia berlalu begitu sahaja.

Hidup ini adalah suatu perjuangan. Perjuangan saya, jalannya begini. ditakdirkan jodoh saya sampai dahulu sebelum menamatkan sebuah perjalanan untuk menggenggam ijazah di universiti. Ditakdirkan waktu saya berpenat lelah di menara gading, anak sudah berderet minta kemahuan mereka dituruti, hak mereka dipenuhi.

Perjalanan hidup kamu juga adalah sebuah perjuangan. Saya faham fitrah remaja yang mahu berkasih sayang, dikasihi dan mengasihi, yang cenderung mengidolai mereka yang jodohnya sampai awal sekali, namun janganlah gundah gulana bila jodoh yang diimpikan tidak sampai seawal mereka yang kamu kagumi. Ada hikmahnya Allah mencorakkan jalan hidup kamu sebegitu rupa. Siapa tahu lewatnya datang jodoh kerna Dia menyusunmu untuk beroleh pahala berganda atas jasa menjaga dan menggembirakan hati orang tua. Siapa tahu lewatnya lamaran diterima kerana Dia mahu kamu menjadi orang yang jauh langkahnya dalam bidang pelajaran, menjadi seorang insan berjaya yang ahli dalam bidang yang dipelajari. Siapa tahu lambatnya kesempatan bertandang untuk menggalas jawatan isteri kerana Dia sedang mempersiapkanmu untuk menjadi seorang suri terbaik yang kebaikannya malah sehingga dicemburui para bidadari. Tiada siapa tahu kerana setiap perkara yang Allah tentukan buat setiap hambaNya pasti didatangi dengan hikmah yang misteri Satu set, satu combo, tidak berpisah dan tidak mampu dijangkau dengan akal fikiran manusia yang setagal ini.

Jodoh itu satu rahsia. Jodoh tidak terpisah dengan kematian andai dalam hati masih lagi menyayangi suami atau isteri yang dijemput terlebih dahulu menghadap Ilahi, sampai masa akan bersatu di syurga pula. Jodoh berakhir di dunia dengan penceraian bila sudah tidak lagi serasi bersama. Datangnya dengan hikmah, perginya malah menjadi perkara halal yang dibenci Allah. Keterlewatannya adalah untuk memberi ruang dan peluang mempersiapkan diri, menjadi yang terbaik untuk satu sama lain, saling melengkapi bukan sekadar untuk bahagia di dunia bahkan untuk bersama di akhirat sana. Andai ia terlalu lambat bagimu, ketahuilah bukan Allah sengaja menyeksa atau menghukum, tapi Dia sedang mempersiapkan dirimu untuk menjadi yang terbaik, agar kelak bila sampai masanya kamu akan tersenyum lega kerana kamu tahu apa yang kamu beroleh waktu itu berbaloi dengan penantianmu selama ini. Maka senyumlah.

Isteri berdikari suami tidak hilang maruah diri

Suami saya, arwah abahnya meninggal dunia ketika dia berusia 5 tahun, waktu itu adik bongsunya cuma berusia beberapa hari. Kemudian mereka dibesarkan oleh seorang emak yang tabah dan hebat.

Kita seringkali disogok dengan cerita bahawa orang lelaki suka sekiranya wanita bergantung pada dia. Namun jika lelaki tersebut insaf dan sedar bahawa dunia ini pinjaman, dirinya pinjaman kepada isteri, isteri dan anak-anak pinjaman kepada dia, dia akan memberi ruang yang sepatutnya kepada isteri dan anak-anak untuk meningkatkan kualiti diri supaya dapat berdikari tanpa sedikitpun merasa bahawa keberdikarian mereka akan merendahkan egonya sebagai suami dan bapa. Kerana sudah termaktub adat meminjam, sampai masa akan diambil semula. Jika ditakdirkan tempoh pinjamannya tamat lebih awal, sekurang-kurangnya isteri dan anak-anaknya tahu apa yang perlu dilakukan demi kelangsungan hidup.

Kaum wanita pula, sentiasalah berazam untuk memperbaiki kualiti dan kemahiran diri, jika kurang menyerlah dalam pelajaran, mungkin boleh mencuba bidang masakan, jahitan, jualan dll. Memang suami tempat bergantung, tapi selitkan juga ruang untuk mempersiapkan diri menghadapi kemungkinan-kemungkinan tidak terduga. Senangkan hati suami dengan membuktikan bahawa kita boleh berdikari sekiranya dia diambil lebih awal. Tidaklah hatinya risau sehingga dia lupa tentang pinjaman nyawa yang Allah beri dan menganggap dirinya hak milik, penyara dan penanggung mutlak isteri dan anak-anaknya.

Jika suami sekadar menjalankan urusan menyara dan menyediakan kelengkapan keluarga sebagai tugasan wajib tanpa nilai ibadah, rumah tangga akan jadi kehidupan yang hambar. Keluar pagi balik petang yang diulang hari demi hari sampai mati. Para isteri jika bangun pagi cuma berazam untuk shopping besar-besaran duit suami segeralah muhasabah diri. Juga wanita bujang yang tergetnya cuma untuk mengahwini lelaki kaya supaya kelak boleh hidup senang goyang kaki, istighfarlah. Ini bermakna hidup sudah sedikit lari daripada tujuan asal yang Allah cipta.

Sentiasalah mulakan setiap hari baru yang Allah masih berikan nikmat hidup dengan pemikiran dan perbuatan yang menjangkau akhirat, bukan sekadar untuk hidup dunia semata-mata.

Dari hati seorang ibu

Anakku semakin hari semakin membesar, kehadirannya ke dalam hidupku menyejukkan hati, namun kadangkala kerenahnya menuntut tenaga dan kesabaran yang bukan sedikit. Kadang dia bertempik mahu itu mahu ini, kadang dia punggah semula pakaian yang baru aku lipat, hanya beberapa saat setelah aku selesaikan segala tugas melipat. Jangan ditanya tentang memunggah barang-barang dari dapur, dialah hero. Dengan kelajuannya dalam bab ‘menyusun’ dan mencuba satu persatu kasut di rak kasut, mengambil dan membuka semua buku di rak buku, bukan sahaja buku-bukunya bahkan juga buku pelajaranku serta keletah lainnya yang tak mampu aku catatkan satu persatu. Semuanya bergantung untuk diuruskan oleh seorang manusia yang menyandang gelar ibu. Dan orang itu adalah aku. Mommynya.Selain dibantu oleh suamiku.

Ramai orang bertanya tidak letihkah aku menjadi ibu dan isteri pada usia ini? Menguruskan rumah tangga saat rakan-rakan seusia yang bujang berhibur bergembira keluar bersama, menjaga dan mendidik anak saat aku sendiri masih dikekang segala tugasan laim. Sementelah dengan keadaan kami sekeluarga yang bermusafir jauh dari keluarga, maka tanggungjawabku juga menjadi berganda. Jawab aku tidak. Aku tidak letih. Tiada apa yang membosankan apatah lagi untuk dikesali dengan menjadi isteri dan ibu pada usia ini. Waktu aku menimbal keputusan untuk bernikah beberapa tahun lalu sewaktu aku hanya berusia 18 tahun, tiada siapa yang memaksa aku untuk berkata ya dengan taklifan sebagai isteri. Sewaktu aku menyatakan kesediaan untuk menimang cahaya mata dahulu juga tiada siapa pernah memaksa aku untuk bersetuju. Bahkan suami, ayah dan ibuku juga banyak kali memberi peringatan tentang usiaku dan tanggungjawab berganda yang bakal aku galasi sebagai pelajar isteri dan ibu namun semuanya aku hadam sebagai sebahagian daripada perjalanan hidupku.

Setiap kali aku ingin merungut tentang keletihanku, saat Aqeef Afwan membuat perangai yang ‘sedikit luar biasa’ seringkali aku ingatkan kembali pada diri sendiri bahawa tiada sesiapa pernah memaksa aku untuk mengandung dan melahirkan ‘permata syurga’ bernama Aqeef Afwan ini dahulu. Semuanya pilihanku sendiri. Aqeef Afwan adalah amanah Allah buatku. Dan lazimlah di dalam usia ini, satu tahun 3 bulan lebih sedikit ini, dia semakin lasak, semakin banyak perkara ingin dicuba dan semakin besar suaranya. Lebih-lebih lagi dia seorang anak lelaki.

Maka akulah manusia yang harus menyediakan hati, jiwa dan jasadku dengan ketabahan dan kekuatan yang semaksima mungkin. Kerana aku seorang ibu. Seorang mommy kepada seorang permata syurga. Pemikul amanah yang dititip Allah. Jika culas aku, maka buruklah natijahnya kelak dan hampirlah aku ke neraka, nauzubillah min zalik. Jika elok didikanku, elok dewasa anak-anakku dengan akhlak dan iman yang seganding Islam, maka dekatlah aku ke syurga, insya Allah. Semoga kehadiran Aqeef Afwan dan zuriatku yang lain kelak semakin mendekatkan aku kepada syurgaNya.amiin.

After a hiatus

A month and almost half of going back to Malaysia, just two of me and Aqeef without abang I can still feel the incomplete atmosphere hovering around but alhamdulillah that presence of my family is a big miracle indeed. Aqeef adapting quite slowly. From a rarely flu catcher, he was very ill last week that we had to send him to hospital after a week of fever. Most people including my full of experience ma said that Aqeef is missing his daddy very badly. I wont tell others but me too. It’s impossible to not missing him especially when we are away from each other. I told abang about this and abang said, ‘takpe HALAL’. Haha. That’s how abang handles problem that comes around. Even I know deep in his heart he is missing us, especially Aqeef. He said sometimes he feels like crying seeing Aqeef’s things around the house. And I reply I cry when I see Aqeef’s face because he has a very large amount of daddy’s look.

I was on a hiatus for quite long. Reason? (10 marks)

  • These previous months I hate anything related to internet, computer and any other gadget. I feel dizzy each time I try to use them. Some know why, but iI would like to keep this reason secret for a while.
  • I was very busy with my holiday. We haven’t go back to Malaysia almost 9 months so this time it is a big thing even it is quite incomplete without abang.
  • I spend everyday of my holiday eating everything I craved for when I was at London. So much time spend for food, less time for anything else.
  • I want to spend more time to see Aqeef grows up. He is 1 year and 1 month old now. With every day passes quickly I feel that it is an injustice for him to share my time doing something else more than to look after him.
  • I am an easily irritated person now. I get bored and hate people unexpectedly. To avoid being cruel and collecting more sin I thought it was better for me to take a break from internet . But don’t worry I think now I am cured slowly.

And after all this is for abang. He misses to read this blog and keep asking me to write something.

Happy belated birthday for these two apples of my eyes. Without both of you I can’t imagine how colorless my life would be. They both got a year older on last 24th and 25th February (and yes they have almost the same birthday date). I was not so well for the pass few months so I guess this is to repay my late wishes. But we had celebrated these double birthday as a family few days before me and Aqeef went back to Malaysia. Alhamdulillah for the bounty of love Allah bestows among us, we are still together as a happy family.

M&M’s World London

I read so many review about this place, it is a big three floors gallery cum shop of M&M’s chocolate near Leicester Square, within a walking distance to Trafalgar Square. Due to daddy’s hectic schedule, we were hold in a promise to go there since last few weeks and finally went there today. It was weekend so there were too many people. The place was so crowded and to add my diziness was Aqeef that wanted to touch everything because they are so colourful and seducing. At some sections we just couldn’t wait in the long lines anymore that we skipped few interesting photography points. As said, they are photography points so they are made really for photography purpose, that’s why so many people were in queue. We just managed to take picture at few places that were not too crowd.

The reason of bringing Aqeef there is too stimulate Aqeef’s mind with some interactive colourful game but we forgot to bring Aqeef’s shoes, so we couldn’t let him play on the floor (poor him) but it was very lucky that we forgot actually. I am dead sure that if we brought his shoes and let him walk and play on floor, he might do something extraordinary e.g: wipe the floor using his hands or help to polish people’s shoes. So to make our visit stay safe, we better not too let him walk by himself. Furthermore there are too many M&M souvenir sold there. Most of them made of glass. I dare not to let Aqeef makes my husband pay some amends to the store.So I won’t write any longer, we should see some pics.


Aqeef and daddy studying the M&M periodic table. I hope one day Aqeef can be a muslim alchemist or muslim scientist and win nobel prize in Chemistry because in the history there are not so many muslim nobel prize laureate ever yet. Insya Allah.


Periodic table. Siapa hafal ni mesti dapat M+ for chemistry paper.

Family of three going to be five soon, insya Allah. Four? Ehem we might accidentally skipped that.


M&M’s picnic. Look at Aqeef, excitedly trying to join the picnic.


I tried to carry Aqeef daddy’s style, but it just stand for 2-3 minutes. Aqeef is way too big and heavy now. I can’t carry him longer that 5 minutes.


Fancy joining my friends behind picnic?


Daddy tried hard to persuade me to buy Aqeef green rompers behind but I really didn’t fall into it. Rompers suit small baby nicely, but perhaps not for a going to be one year old toddler like Aqeef.


Daddy said the giant M&M behind was trying to ‘sepuk’ Aqeef’s head.


Aqeef tried to jump into the toy basket. But daddy stopped him. You can see how unsatisfied his face was.


Again, family of three ♥


Yummy yellow knight, fierce on the outside but rich with chocolate inside.


Green princess. Actually her skirt has a big opening in front, showing her leap.Daddy initially didn’t allow us to take picture with this princess because daddy said she is too sexy but you see, I was good at hiding it. You can’t see it, don’t you?


At the back door, after we went out. The front door was too crowded, so we ran to the back door to have a proof picture of our visit.Erk Aqeef was having his milk. Too thirsty of greeting people inside the shop.


Sideshow> London Chinatown. There was a lion dance for Chinese New Year at the back, under the tanglungs but there were too many people there, we had to go without glancing it because we obviously had no chance to slip into the crowd of big english people there.And yes there were not too many Chinese there, the audience mostly were english.

Alhamdulillah still given the chance by Allah to live as a family and to have a good time together.May we all be blessed with Allah’s love and guidance.