Kepada ayah, Ab Ghafar Dahalan,
Ayah, tak berapa tahun lepas sebelum Kak Farah jadi isteri Shukur, masa tu Kak Farah dah habis sekolah dah, rasanya umur kak Farah 17 tahun masa tu. Ati dengan Ika 15 tahun, adik Danny 9 tahun. Kak Farah, Ati, Ika dengan Danny jumpa celak. Mama tak bagi pakai-pakai celak nak2 lagi pada Danny. Jadi masa mama tidur kami ambik celak tu buat main pakai dekat mata, dekat pipi. Ayah baring depan tv dekat ruang tamu lama sebelum rumah kita renovated. Lepas tu kami jahat, kami ambik celak tu lukis macam2 dekat perut ayah. Lepas tu kami ejek ayah, kami lukis gambar orang kotak, ikan terbalik, burung rangka yang ayah selalu lukiskan untuk kami masa kami kecik2 dulu kalau ayah tinggal rumah dengan kami je time mama kena kerja weekend. Ayah biar je kami conteng2 perut ayah. Nakal betul kami nikan. Ayah relakan je kami conteng perut ayah sebab ayah nak kami have fun dan rapat sesama adik beradik dan rapat dengan ayah. Terima kasih ayah.
Ayah, makin kami besar, ayah jadi makin penyabar. Ayah berlembut dengan kami. Seingat kak Farah dah lebih 10 tahun kak Farah tak kena rotan dengan ayah. Sekarang ni Danny pun dah tak kena rotan dah. Haippp! Biasa danny tu manja bukan main. Mana kena rotan2 ni. Anak bongsulah katakan. Tapi Kak Farah bersyukur ayah rotan Kak Farah dulu, masa Kak Farah dapat D ujian matematik darjah 5. Jadi Kak Farah belajar untuk cuba elak dari ulang kesalahan yang sama sampai sekarang Kak Farah dah masuk universiti. Terima kasih ayah.
Ayah, masa Kak Farah tingkatan 3, satu pagi tu Kak Farah telefon ayah dari asrama bagitau pada ayah kak Farah dapat anugerah pelajar cemerlang. Kak Farah naik pentas dapat hadiah petang tu ada mesyuarat PIBG kat sekolah. Ayah kata ayah kena pergi kerja dekat Kuala Lumpur hari tu. Kak Farah sedih. Kak Farah ingat ayah tak dapat datang. Sekali time kak Farah naik pentas Kak Farah nampak ayah dekat bawah pentas. Ayah tepuk tangan, ayah berdiri. Kak Farah rasa terharu sangat masa tu. Masa kak Farah ambik hadiah dari pengetua, dia tanya ayah kamu datang? Kak Farah angguk, Kak Farah tunjuk kat pengetua siapa ayah Kak Farah. Pengetua lambai tangan dekat ayah. Pengetua kata ayah kamu mesti bangga dengan kamu. Dengan baju kerja dia datang tengok kamu naik pentas ambik hadiah. Terima kasih ayah.
Ayah, masa Shukur kata nak nikah dengan kak Farah, ayah terdiam sekejap. Kak Farah tau ayah serba salah sebab kak Farah muda sangat lagi. Ayah nak kak Farah habiskan belajar dulu. Tapi ayah rela korbankan kepuasan untuk tengok Kak Farah ikut timeline biasa – masuk universiti – konvokesyen – kerja – kahwin – dapat anak. Ayah izinkan Kak farah – masuk universiti – kahwin dulu – lepas tu dapat anak – baru konvokesyen – kerja (kalau rajin), demi kegembiraan Kak farah, demi kebahagiaan Kak Farah. Terima kasih ayah.
Ayah, masa Kak Farah nak lahirkan Aqeef, ayah telefon banyak kali. Ayah tak dapat datang lagi. Tapi ayah sangat cemas. Ayah sedih sebab tak dapat datang waktu kak Farah bersalin. Ayah telefon Kak Dila suruh pergi tengok Kak Farah supaya kak Farah kuat sekurang-kurangnya Kak Dila ada (terima kasih kak, abang Md Nor dengan Awa). Terima kasih ayah.
Ayah, masa hari tu Kak Farah telefon ayah, ayah tanya khabar Kak Farah ulang2 kali sebab ayah risau. Ayah pesan suruh jaga anak (Aqeef Afwan) elok2, belajar rajin2. Jangan bazir duit. Terima kasih ayah.
Banyak jasa ayah, banyak pengorbanan ayah. Kak Farah tak mampu nak ungkap dengan kata-kata. Kalau Kak Farah nak ganti dengan harta emas permata pun takkan termampu gantikan kasih dan cinta, doa dan pengorbanan, air mata seorang bapa yang ayah tumpahkan demi seorang anak bernama Norfaradina ni. Berapa kali Kak Farah lukakan hati ayah, berapa kali Kak Farah calarkan kepercayaan ayah pada Kak farah, tapi ayah tetap doakan kesejahteraan untuk Kak farah, malah ayah gandakannya semoga jalan hidup Kak Farah terbuka lebih mudah, lebih luas. Terima kasih ayah. Kak Farah bersyukur pada Allah sebab kurniakan ayah untuk Kak Farah.

And for my beloved husband, Mohd Shukur Bin Zainol Abidin,
Abang, thanks for coming into my life. This lately few years of my life are absolutely wonderful due to your presence and moreover the arrival of our little prince, Aqeef Afwan Bin Mohd Shukur that enlighten my journey, make it so much meaningful yet to be endured strongly. Who knows, small action I took 10 years ago yielded the most amazing miracle. The love Allah bestowed among us upon this marriage grows perfectly inside us. So many sacrifices, support and help you made for me, Allah knows. Thanks for being my husband, daddy to Aqeef Afwan. Allah knows how glad am I that you come into my life. May our love is blessed till the world ends to Al Jannah insyaAllah. We do muhasabah every day, in hope Allah deepen our sacred halal love to each other. Please guide me into the right path. Hold my hand, I’ll walk with you. I love you abang. I want to be the best wife for you, I want to be the most thankful wife in the world. Ayang bersyukur dikurniakan Mohd Shukur Bin Zainol Abidin sebagai suami dunia akhirat insya Allah.
Abang, I’ve never met your abah. But I know, if he is still with us, he must be happy to see how well you and your brothers are doing. May Allah’s bless his soul with rahmah and maghfirah. And may him be placed with those solehin and tabiin. Al fatihah for arwah abah Zainol Abidin Bin Jusoh.
Selamat hari ayah. Happy daddy’s day. I’ll make sure to make both my ayah and Aqeef’s daddy happy every day. I’ll pray for ayah, Aqeef’s daddy and arwah abah every day.