Di manakah fatamorgana

Hari itu saya demam. Hari semalamnya pun demam, sebab bengkak susu, hari esoknya bengkak susu sekali lagi, di kilang susu sebelah pula. Maklumlah tauke kilang tak pergi kursus management memang macam itu, kadangkala huru hara berlaku akibat terlalu productive. Kau fahamkan bengkak susu itu bagaimana, sakitnya di sini.Lebih-lebih lagi malam itu sudah terkena sekali, kali terakhir kena selepas bersalinkan Aminah 2 tahun setengah yang lampau, saya sangka di kelahiran Zainab ini kejadian bengkak susu itu sudah tidak berjaya mengesan saya kerana selepas kutunggu jandamu 2-3 minggu ia tidak kunjung tiba lalu saya berasa lega sehingga terlupa bagaimana sakitnya, rupanya tiba-tiba setelah Zainab berusia 3 bulan ia hadir menshow offkan taringnya. Kemudian jadilah mommy seorang wanita hampir hilang pedoman, terjerit-jerit di atas kerusi, suami datang bertanya apa yang boleh dia bantu, tak sedar rupanya saya jawab “sadap you”. Rupanya bengkak susu itu bukan sahaja berupaya menjadikan kau demam kura-kura bahkan berupaya menjelmakan seorang wanita lemah lembut (ewahhhh) menjadi singa. Cukuplah itu kita berdrama mari kita cerita tentang fatamorgana (banyak pula idea nak mengarang malam-malam buta kau ni kan kaedahnyaaa)

Jadi malam itu, kerana bengkak susu menghasilkan demam, maka saya jadi celaru keliru dan buntu. Lebih-lebih lagi di musim sejuk kota London yang salji malu amat nak turun walaupun suhu dah negatif, bila sentuh kulit rasa panas, tapi badan menggigil. Dalam hati rasa sejuk, bila diselimut rasa nak mengamuk lalu marahkan nyamuk kelambu dibakar. Nasib baik UK tak ada nyamuk aedes kalau tidak penuh hospital hammersmith dengan kes denggi, lalu IKEA lah yang untung semua orang beli kelambu dari dia. Kemudian dek kerana demam kus-kussemangat yang tak tahu nak diagnos sebagai sakit apa sakit mental gamaknya, saya pun memasang heater di bilik tidur dengan suhu paling tinggi. Selepas sejam terasa seperti bilik saya telah bertukar menjadi sauna. Aminah di sebelah berpeluh dengan dahsyatnya. Zainab sudah mula berdecit-decit tidak selesa, berserta lapar susu barangkali. Lalu sambil berbaring saya susukan Zainab. Kehangatan sudah mulai terasa, duvet di badan saya tolak ke tepi selang 5 minit, ekh sejuk pulak rasa, lalu saya selimutkan kembali badan saya dengan duvet tersebut. Kemudian fikiran saya menerawang jauh. Terasa seperti kalau saya upayakan diri, saya merangkak atau paling koman menjalar di atas katil dari hujung sini ke hujung sana, tangan saya sampai untuk tutup suis heater tapi apakan daya tidak tergerak rasanya (ekh ke malas ekh?entah lupalah) Saya mula terfikir bolehkah heater yang terlalu panas menjadikan kebakaran. kalau terbakar mula-mula saya kena dukung Aminah dan Zainab secara serentak, Aminah di tangan kiri, Zainab pula kanan, dan bawa keluar rumah. Tapi lalu bilik Aqeef dulu untuk kejut abang dengan Aqeef sebab depa tidur bilik sebelah sebab Aminah 2-3 hari tu tiba-tba kalut buat perangai nak tidur dengan mommy sehingga memaksa daddy tidur dengan Aqeef. Lepas tu kami sekeluarga kena lari laju-laju keluar rumah ke tempat selamat. tapi sebelum tu kena ketuk pintu rumah Kak Azie jiran sebelah. Dan cakap pada kak Azie, “Akak cepat kak, rumah terbakar”. Lepas itu saya tersedar dari lamunan bila Zainab bergerak-gerak dan berbunyi sebab tak jumpa point best nak menyusu. Lalu saya adjust kedudukan kami anak beranak dan Zainab senyap kembali, menyusu dengan penuh berselera seolah susu ibu itu minuman yang terpaling enak di dunia.

Lepas itu saya termengelamun kembali. Saya pandang wajah Zainab dan berfikir bahawa Saya sedang menyusukan seorang pahlawan lego dan Zainab itu sebenarnya bayi lelaki. Kami semua adalah keluarga Lego , berdarah pahlawan. Kepahlawanan lego kami mendapat pengiktirafan dunia. Kami keluarga pahlawan/bangsawan Lego. Disayangi orang istana. Bila saya cakap lego, maksud saya LEGO, mainan bricks itu, yang keuntungannya berjaya menjana pembinaan legoland di serata dunia termasuk di Malaysia dan windsor. Yang setiap hari Aqeef tunjukkan keprofessionalannya membina model lego kami sekeluarga.

Tiba-tiba saya tersentak. Saya tersedar bahawa saya tidak bermimpi, cerita-cerita di atas, tentang khayalan saya itu semuanya cerita nyata, ketika mata saya celik membuntang sambil berbaring menyusukan Zainab. 2-3 hari sebelum itu saya menonton the inbetweeners 2 dan babak klimaksnya adalah apabila mereka semua tersesat di tengah gurun pasir yang tandus dan gersang. kehausan dan kepanasan mula membuatkan mereka nampak image air dan tasik yang secara istilahnya dipanggil mirage. Maka saya mula berkira-kira, mungkin bilik tidur saya sudah terlalu panas suhunya sehingga saya mengalami sindrom mirage seolah-olah sudah tersesat di padang pasir sahara. Kerana risau anak-anak saya pun terjangkit penyakit mengelamun akibat suhu panas yang baru sahaja dilalui mommy mereka, sepantas kilat sayapun menerpa ke arah suis heater lantas menutupnya. Lalu saya teritdur kembali dan suhu bilik kami kembali berada di paras normal seperti hari-hari sebelumnya.

Esoknya saya ceritakan tentang kisah kepahlawanan Lego kami sekeluarga kepada abang. Kata dia “Itu semua fatamorgana”. lalu saya teringat lagu fatamorgana nyayian kumpulan nasyid hijjaz. Indah fatamorgana melalaikan menipu daya….harta pangkat dan wanita melemahkan jiwa. Mengapa wanita juga yang dipersalahkan? Ahhh sudahlah entri ini sudah kelihatan racist feminist pula. Saya bukan aktivis feminisme SIS yang memperjuangkan hak sama rata lelaki dan perempuan cik habang boleh solat jumaat diimamkan oleh cik hakak. Saya hanya seorang wanita tidak cukup ketinggian yang bila berdiri lebih rendah daripada suami, bila dudukpun lebih rendah daripada dia. Saya tidak mahu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengannya kerana nanti berkuranglah kadar kecomelan saya sesungguhnya dia imamku aku rusuk kirimu —-> ayat femes muslimah fb.


Oklah itu je nak cerita. Sebenarnya kami sekeluarga berketurunan Lego. K bye.

Hello world

My last post was on August 30. It’s now 3 days passed christmas.

What happened during the long haul I took?

Well I gave birth to baby number 4,on November 6,2014. Alhamdulillah. Another one girl. That makes 3 daughters and 1 son for me and Abang.

We named her Zainab Inayah binti Mohd Shukur. Zainab was the name of one of Rasulullah PBUH beloved princess, and by word means a tree that associated with a nice smell. Inayah means the help, favour from Allah. Zainab Inayah is the name we choose for this little princess. May she grows up to be a mukminah, mujahidah, and solehah.

She was born in Queen Charlotte and Chelsea Hospital, London, UK. Today’s she is already 52 days old. Alhamdulillah

House cleaning and cookies making

Tekak ni teramatlah rasa nak makan sambal tempoyak daun kayu. Memang lauk kegemaran sejak dulu. Tapi duduk luar negara ni tak dapatlah nak makan macam tu lagi. Tengah fikir-fikir nak buat my very own version, tapi kena decide nak guna daun apa dulu. Mungkin esok boleh pergi cari bahan.

Minggu depan Aqeef habis cuti sekolah. Rasa sekejap sangatkan. Summer pun macam dah hujung-hujung je. Sepanjang summer lepas I tried my best to keep up with the kids home learning. Buat macam-macam aktiviti to make sure they learn walaupun sedikit. Aqeef, sesuai dengan namanya, ‘yang menumpukan perhatian’, bila dia buat sesuatu, fokus dia sangat macam daddy. Aminah? Dia berminat, tapi kena ada upah. Upahnya mudah je, makanan. Letak makanan atas rak buku yan dia tak boleh capai, dan cakap, “If you want that, you have to finish painting”. Dia akan buat sedaya upaya untuk dapat ganjaran makanan (macam kem tahanan perang pulak nak makan kena buat kerja :P )

Dalam bulan puasa, kami kemas rumah dan buat kuih raya sama-sama. Aqeef seems more interested, mungkin sebab mommy izinkan dia guna vacuum on his own, dan juga guna cookies cutter. Aminah tak berminat sangat lepas dia minta nak main vacuum dan mommy nak tolong pegangkan, sudahnya dia duduk atas sofa dan tengok kartun (merajuk). Masa buat kuih raya pula, daddy ‘terupah’ Aminah dengan makanan awal-awal. Jadi waktu Aqeef buat cookies, Aminah sibuk makan, tak sempat nak buat sangat. Lagipun Aminah kurang faham lagi, dia tak mahu tunggu cookies tu masuk oven dulu, dia nak ‘masak’ dalam perut dia terus. Lepas terap, terus nak masuk mulut. Bersilatlah abang Aqeef tak bagi.

Not child labour, just some fun activities together :)

In every activity, the aim are to
-get children to listen to direction ordered by adult
-work according to the right step to get something done
-appreciate every hard work in order to finish things
-counting (as aqeef count the cookies he managed to cut)

Bukan Dia mahu menyeksa

Hampir saban hari rasanya saya dihujani pertanyaan “indahkah berkahwin di usia muda”. Golongan yang rajin mendekati saya rata-rata orang muda. Anak-anak universiti, remaja di peringkat persekolahan. Perkara yang paling kerap ditanya, seronokkah menjadi seorang isteri di usia ini.

Sedikit tentang tugas saya sebagai seorang isteri, saya bangun seawal waktu untuk menyiapkan sarapan dan bekal makan tengah hari anak-anak dan suami sebelum ke universiti,sebelum saya boleh ke universiti untuk berkuliah, saya perlu menghantar anak ke sekolah, tatkala rakan sebaya bangun pagi terus siap-siap diri sendiri, terus menghadiri kuliah sendiri-sendiri, kemudian makan tengah hari sendiri, saya di dalam kelas sambil mata melirik jam menanti waktu untuk pulang, menjemput anak-anak. Kadangkala menghadapi satu dua helai muka surat buku teks yang sudah lenyap, barangkali sudah selamat mendarat di dasar sistem pencernaan salah seorang anak , atau tersipu-sipu sorok-sorok mengeluarkan buku nota yang penuh tanda cinta dari susu dan fruit makanan mereka, kadangkala muka surat ada, tapi renyuknya hampir tidak boleh dibaca. Waktu rakan-rakan merancang balik kuliah mahu ke sini sana bersama,sekali sekala (jika tidak kerappun) saya masih ada rasa dalam jiwa untuk keluar bersama rakan sebaya berlibur bersama tapi saya tahu setiap langkah saya pasti ada langkah-langkah kecil yang bertepek-tepek mahu ikut sama, maka hasrat-hasrat hijau dan remaja itu saya pendamkan dan biarkan ia berlalu begitu sahaja.

Hidup ini adalah suatu perjuangan. Perjuangan saya, jalannya begini. ditakdirkan jodoh saya sampai dahulu sebelum menamatkan sebuah perjalanan untuk menggenggam ijazah di universiti. Ditakdirkan waktu saya berpenat lelah di menara gading, anak sudah berderet minta kemahuan mereka dituruti, hak mereka dipenuhi.

Perjalanan hidup kamu juga adalah sebuah perjuangan. Saya faham fitrah remaja yang mahu berkasih sayang, dikasihi dan mengasihi, yang cenderung mengidolai mereka yang jodohnya sampai awal sekali, namun janganlah gundah gulana bila jodoh yang diimpikan tidak sampai seawal mereka yang kamu kagumi. Ada hikmahnya Allah mencorakkan jalan hidup kamu sebegitu rupa. Siapa tahu lewatnya datang jodoh kerna Dia menyusunmu untuk beroleh pahala berganda atas jasa menjaga dan menggembirakan hati orang tua. Siapa tahu lewatnya lamaran diterima kerana Dia mahu kamu menjadi orang yang jauh langkahnya dalam bidang pelajaran, menjadi seorang insan berjaya yang ahli dalam bidang yang dipelajari. Siapa tahu lambatnya kesempatan bertandang untuk menggalas jawatan isteri kerana Dia sedang mempersiapkanmu untuk menjadi seorang suri terbaik yang kebaikannya malah sehingga dicemburui para bidadari. Tiada siapa tahu kerana setiap perkara yang Allah tentukan buat setiap hambaNya pasti didatangi dengan hikmah yang misteri Satu set, satu combo, tidak berpisah dan tidak mampu dijangkau dengan akal fikiran manusia yang setagal ini.

Jodoh itu satu rahsia. Jodoh tidak terpisah dengan kematian andai dalam hati masih lagi menyayangi suami atau isteri yang dijemput terlebih dahulu menghadap Ilahi, sampai masa akan bersatu di syurga pula. Jodoh berakhir di dunia dengan penceraian bila sudah tidak lagi serasi bersama. Datangnya dengan hikmah, perginya malah menjadi perkara halal yang dibenci Allah. Keterlewatannya adalah untuk memberi ruang dan peluang mempersiapkan diri, menjadi yang terbaik untuk satu sama lain, saling melengkapi bukan sekadar untuk bahagia di dunia bahkan untuk bersama di akhirat sana. Andai ia terlalu lambat bagimu, ketahuilah bukan Allah sengaja menyeksa atau menghukum, tapi Dia sedang mempersiapkan dirimu untuk menjadi yang terbaik, agar kelak bila sampai masanya kamu akan tersenyum lega kerana kamu tahu apa yang kamu beroleh waktu itu berbaloi dengan penantianmu selama ini. Maka senyumlah.

I want to sleep but urghh

I have problem with sleeping, now. And yet, it is not a strange thing for me. Once in every about 2 years, I suffer this. Sometimes when I rush myself to pick children from school, from childminder home, the urge to sleep comes, and I will imagine myself in the cosiest pj I have, and have the queen bed all to myself ready to have a nice sleep. But once I arrive home, with two little mouths that ask million of questions, asking food for zillion times a day, taking out everything literally two minutes after I finish cleaning and arranging their play area, sleeping for me seems a bit farfetched. Then at the end of the day when children already in their bed having their nicest sleep, I am the one who terkebil-kebil, persuading myself to have at least an hour sleep.

Abang said it is just for few months before i will be back to normal routine sleep, but this problem really tortures me a lot. it is hard to see your whole family sleeping when you know the next morning you have to wake up at the same time with them (or in my case much earlier) to prepare breakfast, clothes and the list goes on. not that i think it is not fair but sometimes i just wonder what my children are dreaming about in their sleeps when i cant put my own self to sleep. the phase of terkebil-kebil waiting for the urge to sleep sometimes turned into a sinister jealousy because abang aqeef and aminah can sleep properly, even just 5-10 inutes after they land on the pillows. Everybody seems to have a nice sleep but me.

Aminah will be going to Aqeef’s school this next autumn. Aqeef suppose to be in public school nursery (kindergarten) this autumn but I didnt apply a place at public school for him because I want him to stay at the school he went since last year so that they can go to the same school. One of the thing that make it easier to send them to private school is because they dont have to wear uniform, so I couldnt care less to wash and prepare uniform for them, plus Aminah has a closet full of clothes, some of them she doesnt wear yet. But there is a rumour this lately that the school planned to introduce school uniform this september. So we wil wait and see. Hopefully it will remain a rumour.

Look I am sleepy now, and it’s only 8 o’clock. If i sleep now, i wil not sleep later at night. tomorrow will be monday, I have so much things to do on monday, so I need a good sleep tonight. I really, desperately in need of a good night sleep. Hope this problem will go away soon It’s hard to live like a vampire at night but still have so many things to do during the day. At least vampire works at night and sleeps through the day.Huhu


2011-Copyright of SWEET POTATO FOR A SWEET MOMMYHOOD